Bantal Hotel Hollowfill DAG TM

Assalamualaikum
Sis nak belanja satu gambar hollowfill fibre pillow


Kenapa namanya hollowfill?
Ini kerana isian yang digunakan terdiri daripada gentian polyester yang disusun berongga- rongga (made from fibre which have speces between knotting) haa gitu bahasa textile nya
Susunan berongga ini menyebabkan isian bantal menjadi lembut, gebu dan boleh bernafas
Maka terjadilah bantal yang empuk dan sejuk sesuai untuk buat alas kepala
Oleh sebab material isian ialah polyester maka ia tidak memerangkap lembapan yang terhasil akibat peluh ketika kita tidur
Apabila tiada lembapan, tak dapatlah hama serta makhluk seni yang tak nampak dengan mata kasar kita terperangkap dalam bantal membiak

Betul ke bantal ni boleh dibasuh?
Untuk makluman, bantal boleh dibasuh secara warm tumble sahaja
Tak pernah buat kan?
Hehe tak payah basuh la ye, cukuplah jemur tengah panas untuk kembalikan kegebuan bantal

Keseluruhannya, sis suka bantal yang ringan dan gebu
Bagi yang sukakan bantal yang berat dan keras
Sis cadangkan bantal organic keluaran Das Abdul Global TM
Ni kita cerita next entry

Selamat menyambut Bulan Ramadhan
Semoga level puasa dan ibadah kita meningkat berbanding tahun sebelumnya
Amin

Comments

Popular Posts