Asal Usul Penggunaan Bantal

Assalamualaikum semua..
Salam Ramadhan ke-3
Harap semua segar bugar dan tak mengantuk di pagi hari
Ramadhan bukanlah penyebab manusia lemah longlai tapi sebaliknya aktiviti harian mesti diteruskan seperti biasa
Malah mungkin extra lagi, dengan amalan- amalan yang boleh menambah bonus akhirat kita

Santai- santai je pagi ni
Kebanyakan kita baru hari pertama berpuasa di pejabat hari ni kan
Sis nak cerita asal usul bantal..

Masyarakat Mesir Kuno
==================
Bantal dipercayai telah wujud sejak 2055 - 1985 sebelum Masehi 
Tapi bantal bukan digunakan ketika hidup, sebaliknya sebagai pelapik kepala bagi orang yang telah mati.
Kebiasaannya, bantal pada ketika ini diperbuat daripada kayu dan batu.
Perbuatan melapik kepala bagi mayat adalah kerana masyarakat pada masa itu percaya kepala ialah intipati sebuah kehidupan dan anggota badan yang suci.
Selain itu, bantal digunakan kepada mayat untuk melancarkan peredaran darah, menegakkan kedudukan mayat serta menghalau kejahatan iblis 












Gambar 1: Bantal masyarakat kuno Mesir.



Masyarakat China Kuno
=======================

Masyarakat China kuno juga menggunakan bantal diperbuat daripada bermacam- macam material termasuk buluh, seramik, jed, tembikar, malah logam tembaga. 
Bantal seramik begitu popular pada era pemerintahan Dinasti Tang (tahun 618 hingga 917). 
Walaubagaimanapun, bantal seramik pertama dipercayai wujud pada zaman pemerintahan sebelumnya iaitu Dinasti Sui (tahun 581 hingga 618).
Penggunaan bantal daripada material ini semkain lama semakin luput, apabila muncul pelbagai material yang lebih baik dan lebih lembut.











Gambar 2: Bantal masyarakat China kuno. 




Masyarakat Eropah
================
Masyarakat Eropah dipercayai yang pertama membuat bantal daripada bahan- bahan yang lebih lembut seperti jerami, bulu angsa, buluh dan lain-lain.
Bantal menggambarkan kasta dalam masyarakat dimana golongan atasan sahaja menggunakan bantal lembut.
Bagaimanapun, semakin hari peraturan tersebut semakin luput dan semua kasta boleh memiliki beberapa jenis bantal sebagai sokongan ketika tidur












Gambar 3: Bantal diperbuat daripada jerami


Sis tak dapat bayang tidur dengan bantal kayu dan seramik..
Syukurlah dapat tidur selesa
Berbantalkan bantal hotel DAG setiap malam...
Tidur berkualiti, baru senang bangun sahur 
Tak gitu?

Untuk pembelian bantal hotel
Hubungi sis http://www.wasap.my/60173413644
Harga menarik berbaloi- baloi

Comments

Popular Posts